Sunday 19 June 2011

dulu kecik, sekarang dah besar by makcik makcik

hi,korang perasan tak salah satu typical habit makcik-makcik kat malaysia ni untuk start conversation??


kalau kawan mak2 korang yang macam dah lama sikit x pergi rumah korang dan jarang jumpa korang akan cakap macam ni..:

" EH EH, DAH BESAR TINGGI LAMPAI DAH DIA SEKARANG. HANDSOME DAH SEKARANG. DULU KECIK2  MAKCIK PERNAH PAKAIKAN KAMU KAIN LAMPIN, SUAPKAN MAKAN ........................(DAN MACAM -MACAM LAGI). NI BILA KAMU NAK KAWIN AGAKNYA??"






pernah x terjadi kat korang macam ni bila umur jalau bagi lelaki bila usia mereka mencecah 21 dan 18 bagi kaum perempuan..


ni gua saja je nak story sikit dialog antara gua dan makcik kawan mak gua..


ok, pada suatu hari di hari raya, biasalah kan ziarah menziarah sesama kita, seorang makcik bersama keluarganya datang ah rumah gua lepak2 nak makan kuih raya kan..time tu gua macam biasalah merempit ah.
xkan korang lupa gua ni mat rempit.
haduyai nye pun hadui..(baca macam dialog johan)
ok, lepastu, terciptalah conversation seperti dibawah tersebut:


mak cik  : eh eh, dah besar kau sekarang zack kan. dah handsome dah kau sekarang. dah macam pelakon
                 korea makcik tengok muka kau. dulu kecik2 muka ala-ala david beckam, dah besar ni dah
                muka macam rain yang berlakon dalam cerita full house pulak.. :)


gua        : O M G, ye ke makcik????? seriously?



makcik  : sebenarnya, makcik tipu je tadi sebab kalau buat lawak bodo time hari raya boleh salam mintak
              maaf terus. HAHAHAHAHA



gua kena prank beb.
nasib baik anak dia cun macam hana tajima.
the conclusion is HANA TAJIMA  tu cantik, HANA TAKIMAK tu sape??
 

Friday 17 June 2011

Sharifah Nabila Shahabuddin Syed Zainee

Mai semua mai, yang jauh mai dekat yang dekat mai rapat, yang rapat mai dengaq.. kalau hampa semua dok pi mai pi mai pi mai pi mai, tang tu jugaq. mai nak introduce hampa semua kat ?? ( orang penang paggil gf apa??)






2 tahun yang lepas, time tu say teangah melepak nun didalam bilik member sambil mendengar sembang beliau yang ternyata pompang2 ah.. tak apa, saya layan je sebab saya pon nak pompang2 kat dia jugak.
asal rasa macam xbest je guna SAYA, GUA sudah. baru lah true rempit :) gua ada 125z kot. padahal adik punya je..haha.
ok back to the story. 
lepak punya lepak,pompang punya pompang, tetiba datang kawan gua. weh el, ada perempuan hot nak kenal kau lah. perghhhhhh, dia ni kalau gua helmet guna tangan kidal ni ok jugak ni. nak bagi no bapok lah tu. nak prank lah tu. huh. 
tapi xapa, sebab gua bosan time tu, gua pon call je lah no awek tersebut..

laki          : hello, ni sape?? betul ke awak kasi no awak kat kawan awak yang jugak kawan saya?? diacakap 
                awak nak berkenalan dengan saya.. awak hot ke nak kenal dengan saya??

pempuan : hello, you, sorry lah you, kawan i kena rasuk hantu ni. dia tengah meronta-ronta itik pulang petang.


laki          :ha?? you ni bomoh ke main hantu2?? i nak berkenalan dengan you lah. bukan dengan hantu.


pempuan : i ada  jerawat sebesar buah kelapa kat dahi, badan i sama saiz je dengan ikan paus celup tepung.
                i hitam lagi dari you..

laki        : sebenar apa yang you mencarut ni. i nak kenal you bukan hantu jerawat besar ke, hantu ikan paus 
               paus ke, hitam macam you ke sebab i putih.

pempuan : you you you, nanti lah i call you balik ok. kawan i ni dah meronta skill menyelam kuak
                lentang pulak dah ni. 

laki         :ok !!

 gua hampa beb, igt dah kena prank dengan kawan gua yang memang semua stock muka x bersalah tapi buat muka serious.lepas tu gua sms awek tadi beb. siap paksa lagi suruh dia mms gambar. gua nak check dulu ada ciri2 gua nak ke taknak.. tup-tup , dia pun mms gambar dia.

ding-ding(bunyi ringtone mms gua zaman phone zaman kadok dulu, blackberry xkeluar lagi) HAHAHA
Ni lah gambar first dia mms kat gua.




 YA ALLAH, CANTIK, CUN, ANGGUN, MENAWAN, JELITA, AYU, LAWA, COMEL, CANTIK CUN,ANGGUN, MENAWAN, JELITA, AYU, LAWA , (SETENGAH JAM GUA BERZIKIR AYAT NI)

KEESOKANNYA :
gua xsabar daah nak kenal dengan awek ni. gua terus ajak jumpa. sejam sebelum gua pergi sembahyang jumaat. first impression nampak dia, gua cakap dia ni boleh dibuat gf ni.  hahaha
cakap- cakap dan cakap, kitorang set nak dinner sama malam tu sebab dia tahu gua nak semayang jumaat. haha.

 selepas 3 bulan dop pi mai uptown, downtown, cafe, gi bank sama2 kat uitm sri iskandar tu, gua dah jatuh cinta dah dengan dia. nak cakap segan sebab nanti takut dia cakap muka rare tapi jiwang. jatuh lah saham gua as a rempit ni. haha bulan yang berikutnya, gua xtahan lagi dah.



nabila, i rasa i dah jatuh cinta kat you lah. urm, will you be my gf and always by my side. i suka tengok you senyum, cantik. i selesa dengan you, you memahami i. biasalah ayat2 panas time sedang bercinta. biasalah, perempuan, jual mahal lah. bajet reject gua. gua apa lagi, buat2 merajuk ahh.. tahu pun buat ayat NAK TERJUN KLCC kalau gua tanak kawan dengan dia. hahaha setahun kemudian, kami selesa bersama. dinner sama-sama, bali kelas sama-sama. pergi pasar malam sama2. gua siap ajar dia cara nak makan nasi kerabu lagi tau. ada ke makan nasi kerabu tapi xgaul semua?? hahaha bukak puassa pun sama-sama. banyak lahhh kenangan indah2 dengan nabila baby ni hah.. yang tak indah pun ada jugak.. biasalerrrrrrr, lumrah alam. hidup kan umpama roda. 


      

sebenar, banyak lagi ni gua nak tulis, tapi dah tak larat nak tulis.. hahaha. dua tahun cerita benda ni pun tak habis.. kan nabila bilbo kan?? kan?



ni antara gambar2 hot auww2 kitorang time zaman kegemilangan bercinta dulu:






 

ENTRY NI SEBENAR DITULIS UNTUK MENGELAKKAN DIRI DARIPADA BELIKAN DIA HADIAH SEBAB DIA DAPAT DEKAN LAGI SEM NI.. HAHAHA  DAN JUGA UNTUK MEMUJUK BELIAU YANG SEDANG MERAJUK TANPA DIKETAHUI APA SEBABNYA. HAHAHAHA 




I LOVE YOU NABILA. :) 

 
Agak2 you terharu tak baca benda ni?? i tahu you xterharu sebab i pun xterharu jugak baca benda ni even dah double check. betul ke double check.. ke ayat i salah?? bialah saloh pon, i orang kelantan je kot..  

To all blogerrian again

 Hi uol's semua ( ramai-ramai suara macam bapuk)


wohhhhhhhhhh, muhammad el huzaifi dah ada blog sendiri.. wohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. actually gua dah lama nak create blog cuma gua tak pandai sangat IT ni. nasib baik kat kolej time sem satu dulu gua ada ambik subject it ni. nama lecturer yang ajar gua, miss noratiqah.. setahun lepas miss, tapi tahun ni gua nampak dia dah pregnat.. so i call her madam noratiqah atau nama glamour beliau madam nora :) . ok, ajar punya ajar punya ajar punya ajar, gua dapat C+ kot IT.. haha budak kampung  macam gua yang kecik-kecik mandi sungai, main guli, main gasing, xramai yang berpeluang nak dapat pembelajaran IT yang sempurna.. haha 

wohhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lagi sekali sebabnya :
   1) abang dah up dah abang dah ada blog.
   2) abang  nak buktikan abang celik IT lah derr.
   3) abang saje nak menunjuk yang abang A1 dulu time spm dalam subject BM. haha
   4) sape kata abang tak maju xada blog??
   5)ABANG NI ABANG KEPADA ADIK-ADIK ABANG.. haha so tak payah nak abang sangat lah.


dulu gua kalau nak stalk blog orang pakai blog awek gua je senyap-senyap.. haha dulu gua stalker blog orang, sekarang apa kata lu suma stalk blog gua pulak time-time bosan.
 actually gua ni bukan terror sangat bab-bab menulis walaupun BM gua time SPM A1. tu cerita 3 tahun lepas. mana gua tak dapat A1, cikgu cantik.. dia cakap sape dapat A1 spm dalam subject dia boleh date dengan dia. rupa-rupanya tu cuma propaganda je untuk bagi student dia dapat A1.
perghhhh, asal gua dok cerita pasal cikgu gua je ni kat sini?? esok hari guru ke?? haha tapi tak apa, jasa guru harus lah dikenang.


urm, to all blogerian, stalkerian and durian, welcome to my journey.
(actually ni je motif sebenar untuk entry kali ni. yang panjang-panjang kat atas tu bunga je. haha)


PS: rasa macam nak share banyak benda tapi macam segan lah nak tulis biodata kat sini. you will know me when you laugh with me. haha


Thursday 16 June 2011

hello bloggerian

JYEAHH, THIS WHAT WE CALL  SIMPLE CONVERSATION..

huzaifi                    : hi, boleh kenal?? nama saya MUHAMMAD EL-HUZAIFI.
                              boleh panggil saya daniel ashraf ryan :)
                              made in Kelantan.
                              sekarang belajar kat bangi. kolej biasa2 je tapi.
                              umur 21.

bloggerian            : sape nak kenal dengan awak??

 huzaifi                 : sebenar saya pun tanak berkenalan dengan awak tapi saje je nak test market kat sini :)


           


NOTA KAKI : hi bloggerian, im new hear. welcome to my journey. :)